Thursday, October 27, 2011

Cik Mynn Konvo Dah!!


Pada 9 Oktober yang lepas..
salah seorang cucu perempuan atok dah pon selamat berkonvokesyen..
nak tengok gambar orangnya?..
jeng..jeng...



setelah teman interview serba sikit...
ini maklumat yang teman dapat...


Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) ..
beliau meneruskan pengajiannya di Kolej Mara Kulim..amik Matrik Sains Tulen..
tapi..
mungkin bukan rezekinya untuk terus menuntut ilmu di sana...
beliau pulang semula ke pangkuan keluarga di Ipoh dan kembali meneruskan pengajian dalam jurusan Diploma in Radiography di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak pada tahun 2008 
dengan bantuan pembiayaan pelajaran dari pihak MARA...
beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang pada tahun 2010 tanpa perlu menambah semester..

sekarang...
beliau telah pon bekerja...
beliau sekarang bekerja sebagai Radiography Programme di Fakulti of Nursing & Allied Health Science


moga Cik Mynn akan terus berjaya dan berjaya di masa akan datang..InsyaAllah


Cik Mynn bersama kedua ibu bapa beliau..





Wednesday, October 26, 2011

Lebih "gothic" kononnya...


apa pendapat anda tentang layout & "kaler" baru blog nih??...
nampak lebih gothic tak?..
**perasan lebih nih!! **
hehehehehehehe.....


tukang tulih blog dah bosan dengan layout & "kaler" blog yang lama.....
sekali sekala harus mencari mood baru...
rasa cam lebih bersemangat pulak bila tengok "kaler" cenggini....
misteri gitu......


masih mencari idea utk tukar header blog nih....
tunggu family day nanti la...
kompem ada banyak gambar gempak...
boleh bikin jadi header nanti...





Venue Family Day 2011

As-Salam semua....
di war-warkan disini....
diminta semua ahli Tazzians memeriksa email masing-masing untuk info terkini mengenai lokasi rasmi agenda family day bagi tahun ini...
seperti yang tercatat dalam email.....
lokasi yang berkemungkinan besar bakal menjadi tempat rasmi semua ahli Tazzians berhimpun adalah di..
 Al-Sakinah EcoResort, Janda Baik pahang DM.


 antara yang menarik di lokasi tersebut...



sila klik LINK INI untuk ke website rasmi resort tersebut..


bagi agenda pengkisahan tahun ini,...
Puan Hajjah Zaitun mendapat mandat untuk menjayakan segmen pengkisahan..
sape MC tahun nih?...
errr....blom pasti..
tunggu aje agihan tugas nanti ye...


tinjauan lanjut telah dibuat oleh "sekritariat-sekritariat" yang menjalankan tugas...

oleh itu,..
sila pastikan anda semua check email anda...
kalo rasa-rasa blom bagi lagik alamat email anda...
sila sms pada Cik Jazmin Johari...


sila berikan feedback mengenai kehadiran anda,cadangan lain atau apa jua yang berkaitan dengan agenda family day 2011 selewat-lewatnya pada 28 Oktober 2011...
hasil undian lokasi akan diumumkan nanti




sekian!!


Wednesday, October 5, 2011

Semoga mendapat Haji yang Mabrur

semalam...
Uncle Ady & Wawa (bakal haji & hajjah )
dah selamat berlepas ke Tanah Suci Makkah mengerjakan fardhu haji mereka..
semoga perjalanan pergi & pulang mereka selamat,InsyaAllah
moga segalanya bakal mereka tempuhi dengan selamat..
semoga mereka mendapat haji yang mabrur...
Allah HuAkbar !!!

~ gambar pinjam dari fb Asu ~


"panggilan haji..
telah tiba lagi..
menunaikan ibadah..
panggilan Baitullah..
Tanah Suci Makkah..
Ya Makkatulmukarromah..."