Saturday, December 13, 2014

Mengerjakan Umrah





Hari ini bertarikh 12 Desember 2014 Alhamdulillah, dengan izinNYA atok & opah diberikan kesihatan yang baik untuk sekali lagi berpeluang mengerjakan ibadah umrah. Kali ni atok & opah mengerjakan ibadah umrah bersama Alang sekeluarga serta Uncle Jo sekeluarga. Teman cuma dapat berdoa semoga semua urusan mereka disana serta Allah permudahkan perjalanan pergi dan balik mereka. Oleh kerana teman tak dapat turut serta menghantar para jemaah kita,..mujurlah ahli TAZZ yang lain berbaik hati berkongsi gambar di whatsapp. Jadi,teman sertakan gambarnya disini sebagai salah satu coretan kenangan.







Ini gambar semalam dimana mereka semua berkumpul makan malam beramai-ramai di rumah Alang.ada gulai tempoyak import dari Teluk Intan tak,agaknya? hehehehe




 dengar ceritanya,..inilah pemandu pelancong menunjuk jalan ke KLIA. kemain lagikkkk



 hebat opah kita sekarang...dah pandai pakai spek mata hitam versi mata lalat tau..





para jelitawan bersama beg dagangan mereka..









Ayimm : "kene log-out fesbuk,instagram,twitter..bla..bla"
Mama : " mana la kapal terbang ni tak sampai-sampai lagi?"


Opah : "cer tengok, saya nampak lain dalam gambar ni"
Atuk : "tu teknik photoshop tu"





 sekeping gambar para jemaah kita disamping deretan beg yang kemainnn banyak!




Alhamdulillah, opah & atuk (warga emas) dapat keistimewaan naik wheelchair masa nak check-in. takdelah opah & atuk lelah berjalan ke tempat menunggu.














Marilah kita sama-sama mendoakan semoga semua urusan mereka disana dipermudahkan. Semoga mereka juga diberikan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah umrah. InsyaAllah mereka akan kembali ke tanah air pada 23 Desember 2014, penerbangan dijangka tiba pada pukul 11 pagi,