Wednesday, December 28, 2011

Jarang-jarang kita lihat..



atok membantu opah..
teserlah kreadibiliti bekas seorang guru besar..


cucu-cucu opah & atok sekelian...
sape yang pernah nampak atok & opah mengundi macam nih sebelum nih?...


haaaa.....
teman tau dah jawapan mengkome sekelian...
tak pernah nampak kan....

Monday, December 26, 2011

9A's...

study hard & smart!


syukran.....
salah seorang ahli keluarga kita telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) yang baru diumumkan Khamis lepas....
bak kata Cik Mynn kita....pecah rekod!


Nur Syazana bt. Shahruzzaman atau lebih glamer dengan nama Nana yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi,Gopeng telah mendapat 9A's.
tahniah buat Nana....


kita tunggu pulak sape lepas ni yang nak pecahkan rekod Nana nih...



nota.kecil : ~ dah rasa macam tulis warta berita~...


Sepupu-sepupu kita....

As-Salam semua.....
ada sikit bingkisan hati yang teman nak kongsi...












seronok kan tengok gambar masing2 dengan sepupu kita sendiri...


teman suka tengok sepupu-sepapat teman semua rapat antara satu sama lain....
saling tolong-menolong....
bekerjasama dalam menjayakan satu permainan....
namun..dalam bagus...
ada jugak yang tak berapa bagus,,,
walaupon serapat mana pun kita....
adab bercakap & sopan santun (terutamanya dalam fb) antara satu sama lain harus dijaga ye...
bergurau dalam "chatting fb" ada batasnya...
jangan hingga menjatuhkan air muka orang lain...
belajar dari kesilapan...
sebab takde seorang pun yang sempurna...


"tepuk dada...
tanya diri...."




Sunday, December 25, 2011

Bekerja keras!!

As- Salam semua..
mahapla buat adik-adik sepupu sekalian..
 yang menanti hupdate terkini dari teman mengenai family day aritu...
teman blom siap apa-apa entry lagik buat masa nih...
teman baru aje selamat tiba di Taiping petang semalam..
 setelah menempuh jem selama 7jam setengah!!!!


rasa cam nak tercabut kepala lutut teman & cik asbenn...
mana taknya..
bergilir bawak kereta....
letih dok tekan pedal brek & minyak ajer...
walaupon letih & banyak keroje kat rumah yang menanti untuk disettlekan....
namun....


teman tetap berusaha gigih transfer semua gambar dari laptop ke pc teman....
sambil berkejaran buat keje rumah yang lain...


oleh itu,...
sabar dulu ye semua....
kasik teman ruang bernafas dulu....
tarik napas....lepas...
hehehehe


sekian..
harap maklom!!


Friday, December 23, 2011

1st part dah upload....

wahai adik-adik sepupu sekelian....
1st part gambar family day udah teman upload dalam mukabuku...
silalah menjengah ke mukabuku teman...
sesapa yang blom "add" teman...
bolehle meng"add" ye....

album gambar family day udah teman klasifikasikan untuk tatapan umum.....
InsyaAllah semua boleh view dari pc masing-masing...

2nd part akan menyusul kemudian ye..
banyak gambar yang perlu dipilih.....
berpinau-pinau dah mata teman nengok gambar yang banyak sangat...




Thursday, December 22, 2011

53 tahun sudah!!!!




Happy birthday my beloved uncle...
I love & care you just like the sun..
May all your wish be blooming like a flower..
May your life be bright like a shining star..
May all your pace ahead with great bravery...
And all may many-many Happy Birthday...
May my beloved uncle possess a very long life...
And celebrate your birthday with our love all night...


Wednesday, December 21, 2011

The Greatest!!




dek kerana tuan punye blog masih dalam mood bercuti....
teman hupdate 2 keping dulu ye...
selebihnya tunggu teman balik Taiping....


family day kali nih....
sangat happening & enjoy!!!


Friday, December 16, 2011

List Name Update!

atas permintaan...
*ini kes nak siapkan assignment salasilah*


SENARAI NAMA YANG DI-UPDATED SEHINGGA DISEMBER 2011















sekian..
harap maklom!!


Family Day..

 surat rasmi dah keluar...


tentatif program pon dah ada...


kita jumpa Ahad nanti di Janda Baik ye....


Monday, December 5, 2011

MerekaCipta Salasilah ZulZan

As-Salam...
teman ada update terkini mengenai family day...
dengan ini diumumkan...





OBJEKTIF UTAMA  :





SYARAT PERTANDINGAN :
  • Pertandingan terbuka kepada semua ahli TAZZ
  • Setiap peserta hanya boleh menghantar satu rekabentuk salasilah sahaja
  • Penyertaan terbuka kepada 3 kategori : 


  • Hasil rekacipta para peserta haruslah ASLI
  • Permulaan salasilah HARUSLAH dimulakan dengan pasangan penaung kita, Haji Zul & Hajjah Zan (sila gunakan nama penuh ketika anda membuat rekacipta salasilah)
  • warna yang bakal para peserta gunakan haruslah tidak melebih 3 jenis warna ( selain daripada warna hitam & putih )
  •  Saiz penggunaan kertas yang dibenarkan adalah saiz A4, B5, A3 ataupun Drawing Block
  • Untuk hasil kerja penyertaan nampak seragam,jelas dan kemas peserta digalakkan untuk menggunakan kertas saiz A3 atau Drawing Block.
  • Rekabentuk salasilah juga boleh dihasilkan dengan menggunakan aplikasi komputer mahupon lukisan tangan (manual)

dan syarat yang paling penting sekali...





KRITERIA YANG DI NILAI :

  • Setiap hasil kerja akan dinilai oleh panel juri yang dilantik dari kalangan ahli TAzz
  • Rekacipta yang di hantar akan dinilai dari segi :






CARA PEMARKAHAN :

  • 80 % markah akan diberi oleh panel juri yang dilantik
  • 20 % markah pula dari undian keluarga TAZZ dimana setiap keluarga hanya boleh mengundi untuk satu rekacipta sahaja mengikut format pemarkahan yang diberikan
  • Hanya SATU PEMENANG sahaja bagi setiap kategori
  • Panel juri akan memilih SEORANG PEMENANG KESELURUHAN dimana rekabentuk tersebut akan digunakan sebagai rekabentuk asas TAZZ
  • keputusan pemilihan adalah MUKTAMAD



PANEL JURI :

Barisan juri yang di lantik adalah :











HADIAH : 

Hadiah yang disediakan sangat lumayan!!



manakala bagi pemenang keseluruhan,..
hadiah masih lagik DIRAHSIAKAN..



PAMERAN PENYERTAAN & UNDIAN :

  • Semua rekacipta peserta akan dipamerkan diruang yang bersesuaian untuk diundi oleh setiap keluarga TAZZ & para juri yang dilantik
  • Undian akan bermula seawal jam 3.00 petang, 18 Disember 2011 dan setiap undian akan dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan
  • Hasil kutipan undian akan diserahkan kepada penyelaras pertandingan selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang, 18 Disember 2011


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :




sebarang pertanyaan lanjut, 
boleh dikemukakan pada En. Secretary ( Anjang ) atau Tuan Pengerusi ( Alang )



cerita tamat...
sekian dimaklumkan!!




Monday, November 21, 2011

Warna tema dinner Family Day Zulzan 2011

As-Salam semua...
sedikit info terkini mengenai program family day..
yelah.,..kurang 4minggu aje lagik..
op coz ramai yang nak tau apa perkembangannye kan...


Alhamdulillah..
so far,..semuanya OK!...


satu perkara yang teman pasti...
ramai ahli TAZZians yang masih blurr dengan warna tema majlis makan malam a.k.a. bbq nanti..
meh sini teman nak kasik clear sikit....


mengikut apa yang teman tau....
tema warna makan malam nanti adalah 


MERAH....HITAM....SILVER...


kod pemakaian adalah SMART KASUAL


untuk lelaki : t-shirt berkolar / kemeja , slack / jeans

untuk wanita : baju kurung / blouse / maxi


jadi,..
silalah sesuaikan pakaian anda dengan warna tema & keadaan sekeliling ye...
seperti yang semua sedia maklom..
resort yang bakal kita huru-harakan nanti letaknya dalam kawasan hutan sikit...
jangan pulak nanti ada yang datang pakai baju melayu bersamping atau berkain pelekat...
jenuh kang....hihihihihi


aturcara selebihnya masih lagik dalam proses "touch-up"
sebarang keraguan...pertanyaan 
boleh aje ring-ring Anjang A'un,Cik Min Da Announcer dan jugak Asu Vogue...



sekian!




Sunday, November 20, 2011

Its about him..




a story about faith.....
that makes me always remember about someone..
someone that close to my heart..
to our heart..
someone that we love.....
that already left us a year ago...


may he rest in peace...

Al-Fatihah
5 July 1969 - 19 November 2010







Wednesday, November 16, 2011

Final Headcount

mintak perhatian sekejap TAZZians....


sms terbaru yang teman terima dari incik secretary..
memandangkan tinggal beberapa minggu aje program family day ZulZan akan dibuat..
diminta semua ahli TAZZians bagi feedback secepat mungkin..
berkenaan bilangan ahli keluarga termasuk "bibik"..
yang bakal hadir ke program family day tahun nih...
tak kisahla via email atau pon sms...
hantarkan feedback anda pada Anjang A'un atau Cik Mynn...
sila bagi kerjasama ye...


final headcount akan dibuat minggu ini untuk urusan tempahan t-shirt...
tempahan chalet serta urusan bajet....
*design t-shirt sangat vogue okeh!!*
sila angkat tangan sape yang setuju..
hahahahha 



sekian dimaklumkan..



Thursday, October 27, 2011

Cik Mynn Konvo Dah!!


Pada 9 Oktober yang lepas..
salah seorang cucu perempuan atok dah pon selamat berkonvokesyen..
nak tengok gambar orangnya?..
jeng..jeng...



setelah teman interview serba sikit...
ini maklumat yang teman dapat...


Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) ..
beliau meneruskan pengajiannya di Kolej Mara Kulim..amik Matrik Sains Tulen..
tapi..
mungkin bukan rezekinya untuk terus menuntut ilmu di sana...
beliau pulang semula ke pangkuan keluarga di Ipoh dan kembali meneruskan pengajian dalam jurusan Diploma in Radiography di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak pada tahun 2008 
dengan bantuan pembiayaan pelajaran dari pihak MARA...
beliau berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang pada tahun 2010 tanpa perlu menambah semester..

sekarang...
beliau telah pon bekerja...
beliau sekarang bekerja sebagai Radiography Programme di Fakulti of Nursing & Allied Health Science


moga Cik Mynn akan terus berjaya dan berjaya di masa akan datang..InsyaAllah


Cik Mynn bersama kedua ibu bapa beliau..





Wednesday, October 26, 2011

Lebih "gothic" kononnya...


apa pendapat anda tentang layout & "kaler" baru blog nih??...
nampak lebih gothic tak?..
**perasan lebih nih!! **
hehehehehehehe.....


tukang tulih blog dah bosan dengan layout & "kaler" blog yang lama.....
sekali sekala harus mencari mood baru...
rasa cam lebih bersemangat pulak bila tengok "kaler" cenggini....
misteri gitu......


masih mencari idea utk tukar header blog nih....
tunggu family day nanti la...
kompem ada banyak gambar gempak...
boleh bikin jadi header nanti...





Venue Family Day 2011

As-Salam semua....
di war-warkan disini....
diminta semua ahli Tazzians memeriksa email masing-masing untuk info terkini mengenai lokasi rasmi agenda family day bagi tahun ini...
seperti yang tercatat dalam email.....
lokasi yang berkemungkinan besar bakal menjadi tempat rasmi semua ahli Tazzians berhimpun adalah di..
 Al-Sakinah EcoResort, Janda Baik pahang DM.


 antara yang menarik di lokasi tersebut...



sila klik LINK INI untuk ke website rasmi resort tersebut..


bagi agenda pengkisahan tahun ini,...
Puan Hajjah Zaitun mendapat mandat untuk menjayakan segmen pengkisahan..
sape MC tahun nih?...
errr....blom pasti..
tunggu aje agihan tugas nanti ye...


tinjauan lanjut telah dibuat oleh "sekritariat-sekritariat" yang menjalankan tugas...

oleh itu,..
sila pastikan anda semua check email anda...
kalo rasa-rasa blom bagi lagik alamat email anda...
sila sms pada Cik Jazmin Johari...


sila berikan feedback mengenai kehadiran anda,cadangan lain atau apa jua yang berkaitan dengan agenda family day 2011 selewat-lewatnya pada 28 Oktober 2011...
hasil undian lokasi akan diumumkan nanti




sekian!!


Wednesday, October 5, 2011

Semoga mendapat Haji yang Mabrur

semalam...
Uncle Ady & Wawa (bakal haji & hajjah )
dah selamat berlepas ke Tanah Suci Makkah mengerjakan fardhu haji mereka..
semoga perjalanan pergi & pulang mereka selamat,InsyaAllah
moga segalanya bakal mereka tempuhi dengan selamat..
semoga mereka mendapat haji yang mabrur...
Allah HuAkbar !!!

~ gambar pinjam dari fb Asu ~


"panggilan haji..
telah tiba lagi..
menunaikan ibadah..
panggilan Baitullah..
Tanah Suci Makkah..
Ya Makkatulmukarromah..."




Wednesday, September 28, 2011

Meeting tahunan

Raya kali nih..
meeting tahunan tetap berjalan seperti biasa..
walaupon atuk tak dapat hadir disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan...
opah tetap sebahagian dari penaung tabung ZulZan..
puas teman dok belek dalam henpone cari gambar opah..
tapi tak jumpa!..


dan of coz lah teman salah seorang pencarumnya...



meeting family kitaorg nih..
bukan takat cakap kosong ajer...
siap ada minit mensyuarat tau...
semua benda di catit...
ada setiausaha..bendahari..AJK..
kalo ada usul yang dikemukakan...
siap ada penyokong..pembangkang..
semua cukup la...
sampaikan juru-audit akaun pon ada!


bukan itu ajer...

siap disediakan buku garis panduan...
yang mudah dirujuk oleh setiap pencarum...
senang jugak untuk difahami oleh pencarum baru...
contohnya adik ipar teman tu ha...


pengerusi tabung ZulZan kali nih...
yang pakai baju t-shirt putih...
kain pelikat putih..
dan berambut putih jugak..
semua serba putih!
kelassss.....
tak nampak muka dia?..
tunggu gambar close up nanti eh...



ni semua antara ahli tabung yang hadir..
rasanya..semua ada...
kehadiran penuh kali nih...



dalam setiap meeting tahunan...
bab belanjawan memang bab penting...
haruslah orang yang btol-btol mahir menguruskan bahagian kewangan..
bukan boleh main tipu-tipu...
even tabung nih tabung keluarga...
tapi kitaorg bertuah ada akauntan yang memang superb...



tetiap tahun wajib ada penyata nih..
kalo tengok pada akauntannya pulak..
tetiap kali meeting...
dok usung la fail keras besar gabak dia tuh..
since tabung ditubuhkan sampaila sekarang...



akauntan bersama fail keras beliau...
sebelah akauntan tu pulak...
pengerusi ZulZan penggal nih...


meeting tahunan nih..
selalunya akan dibuat time raya...
bergantung pada tahun tu samada semua beraya di rumah opah atau sebaliknya...
kalo tahun tu semua beraya di rumah opah...
maka,..
meeting akan dibuat pada malam ke-2 raya..
kalo tahun tu semua balik beraya di rumah mertua...
meeting akan dibuat pada malam ke-3 raya...
gitulah selalunya...



Cerita Raya..

Hari terakhir kita umat Islam merayakan bulan Syawal..
teman baru berkesempatan nak menulih...
idea tak keluar sepanjang raya nih!!...
asyik mengadap laksa,nasi impit aje kat open house..
penyudahnya,..
berat badan dah naik berganda-ganda!!..mencik!!


Raya Aidilfitri tahun nih...
tak semeriah tahun-tahun yang sebelumnya...
sambutan hari raya pada tahun nih..
adalah sangat-sangat sederhana..
sebab 2 hari sebelum kita semua menyambut kedatangan bulan Syawal...
atuk tak sehat...


atuk menghadapi masalah pelawasan...
walaupon tak sehat & terbaring tapi atok tetap mampu tersenyum..
masalah kesihatan atuk bertambah teruk bila atuk mula muntah setiap kali ruku' ketika solat...
walaupon dah di bawa ke hospital...
tapi doktor cuma memberikan diagnosis biasa...


pada pengakhiran bulan ramadhan ini...
atuk tak mampu meneruskan puasa bongsu beliau...
atuk terbaring lemah...
mujurlah ada anak & cucu menantu yang memantau kesihatan atuk..
Alhamdulillah....
Allah memberikan atuk tahap kesihatan yang lebih baik pada pagi Syawal...
atuk mampu duduk untuk menghadap deretan anak & cucu yang ingin memohon maaf...
lain rasanya tahun nih bila nampak atuk cuma berkemeja & berkain pelekat saje di pagi raya..
selalunya...
atuk la orang yang paling segak sekali!..
moga Allah melindungi atuk dari segala musibah..Amin!


terima kasih buat semua saudara mara..
baik jauh dan dekat..
yang tak putus-putus datang menziarah atuk...
kebetulan pulak di bulan raya...
memang tak terhandle tangan nak menghidang air pada tetamu...


raya tahun nih jugak...
terasa kekurangannya...
bila tahun nih kali pertama..
kami semua beraya tanpa kehadiran insan ini disisi..


Al-Fatihah buat beliau..
moga rohnya dicucuri rahmat...



raya tahun ini jugak..
kami semua menerima ahli keluarga baru..

cucu menantu & cicit opah yang baru..


takde gambar keluarga yang dapat dirakamkan...
takde semangat nak bersakan amik gambar raya time atuk tak sehat...
tunggu tahun depan ajelah ye...



Tuesday, July 5, 2011

48 tahun usianya...

Kiranya masih panjang umur insan ini...
ari nih...bertarikh 5 Julai....
beliau akan menyambut hari lahirnya yang ke 48 tahun....
dengan dikelilingi kasih sayang yang melimpah ruah seisi keluarga....


tapi...
takdir Allah tiada sape dapat melawannya....
beliau telah meninggalkan kami dan kembali kepangkuanNYA pada 19 November 2010....
hampir setahun sudah beliau meninggalkan kami...
namun...
kenangan bersamanya kami tetap terpahat di sanubari....
terbayang-bayang senyuman manis dan gayanya yang bersahaja....



moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu..
serta...
ditempatkan dikalangan yang soleh dan beriman....



Haji Muhammad Nizar b. Haji Zulkifli


budi baikmu daku kenang hingga hujung hayat...
moga kau tenang & bahagia di sana...


Al- FATIHAH


antara kisah arwah yang pernah teman tulis...








Thursday, June 16, 2011

Hierarki - test -

buat jemaah menteri TAZZ....
mahaple ye atas hasil kerja yang tak seberapa....


dek kerana otak teman tengah tepu...
maklumler...
udah lama sangat tak guna excel,microsoft office...
sampai naik berpinau-pinau bjik mata...
ini ajer yang termampu teman buat..



ni cuma lakaran awal...
nanti teman "study" hard lagik ye....


mengkalo ada sesapa yg boleh kasik tunjuk ajar camne nak buat image grid dan boleh upload dalam blog supaya boleh buat seperti yang ditunjukkan oleh gambar...
silalah komen & berikan email anda...


teman nak berguru !!
tunjuk ajar ku siput!!
eh,silap....sifu!!




Mana lokasi kita??....

Sekarang dah bulan 6...
tak lama lagik dah nak puasa....
pehtu kita semua bizi pulak nak raya....


teman ni nak tumpang tanya....
agak-agaknya....
jadi ke agenda Family Day kita tahun nih??...
pehtu nak jugak tau....
di mana lokasi familiy day kita tahun nih??


kalo ikut discussion dalam fesbuk aritu...
ni antara tempat yang  ada disebut-sebut...


 A Famosa Resort, Melaka....



 Kama Lodge, Taiping
(private evant bagus nih )

 Port Dickson


Bukit Gambang Resort City



tak sabarnya nak tunggu para jemaah menteri yang menguruskan Family Day bagi kata putus....
yyaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhooooooo!!!!!