Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Atok @ Columbia Aisa



seperti yang kita semua sedia maklum,
lately nih kesihatan atok agak kurang memberangsangkan...
sila refer entry yang lepas ye....
contoh kahak dah dihantar ke Hospital Teluk Intan tapi lambat lagik baru kita dapat tahu keputusannya..
maka,..setelah berbincang dengan atok..
atok bersetuju untuk dibawa ke Columbia Asia Taiping...
untuk menjalani ujian CT Scan..
maka, pada hari Selasa yang lepas..
Alang & Dee telah memikul tanggungjawab membawa atok & opah ke sana...




atok yang maintain segak macam biasa....




abang Azraai yang sedang bertugas..





















 hasil keputusan ujian CT Scan menunjukkan bahawa...
atok cuma mengalami jangkitan kuman pada parut TB yang lama dibahagian paru-paru sahaja..






 rawatan telah dimulakan..
dan sekarang atok masih lagik dalam proses menghabiskan antibiotik yang dibekalkan oleh doktor...



sama-sama kita berdoa moga atok cepat sembuh..
untuk maklumat kesihatan lebih lanjut...
boleh bertanya terus pada Abg Azraai....
opsss...lupa...
timekasih bebanyak pada Alang atas sumbangan gambar..
tanpa gambarnya..tak dapeklah teman nak bercerita....





Friday, April 5, 2013

Unwell



kisah semalam...
teman pulang ke kampung sekejap atas urusan pertukaran sementara sekolah CikMat...
seawal pukul 6.30pagi udah memulakan perjalanan pulang ke kampung...
dalam pukul 7.30pagi,..teman dapat panggilan telefon dari opah..
mengatakan atok batuk berdarah pada pagi Rabu...
tapi memandangkan mak & abah tiada di Teluk Intan ( ada urusan di KL )
dan atok tak larat untuk memandu sendiri...
semua urusan ke hospital di tunda ke pagi Khamis...
(mujur mak & abah sudah selamat tiba di Tlk Intan petang Rabu..
malah mereka bermalam di rumah atok risaukan kesihatan atuk bertambah buruk..)





seawal pagi Khamis,...
abah & mak membawa atok & opah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut...
chest x-ray juga dibuat...
alhamdulillah...keputusan x-ray tiada yang bermasalah....
teman sempat sama-sama menemani opah & atok di hospital..



orang yang menunggu giliran adalah sangat ramaiii!!!!




 atok yang tetap menten hensem...
cuma atok nampak kurus sikit....
dan op coslah teman yang nampak lagik tembam..




selesai urusan jumpa doktor......
ini "hadiah" yang doktor bagi pada atok...



bekas untuk contoh kahak...



alhamdulillah...atok tidak di tahan di wad..
pulang berehat di rumah sahaja...
dan petang semalam teman pulang semula ke Taiping..
insyaAllah...malam ni teman pulang semula ke Teluk Intan untuk sesi bertapa penuh...
sesi bertapa penuh = sesi berpantang





Tuesday, May 29, 2012

Check-up




"kemaafan dendam yang terindah"....
chewahh!...intro tak boleh blah....
mahaple sebab teman lama tak menghupdate blog nih....
bukan malas....bukan jugak mogok....
cuma angin kus-kus aje yang menyerang...
tambahan pulak..pen drive koleksi gambar teman dibaham dek dobot...
gamaknya dia ingat pen drive tu frieskies kott.......
satu keje pulak kene buat back-up lagik sekali sumer gambar..
tak ke dah banyak keje kat situ.....



check -up mata nih dah selamat dibuat penghujung bulan lepass......
bertempat di KK Hutan Melintang merangkap tempat Hj Shahidan @ abah teman bekerja....



 "doktor" pada hari kejadian...



 pesakit kita yang bergaya dengan tongkat saktinya...




 tukang huru-hara keadaan...
suruh duduk atas kerusi..atas lantai jugak yang dia nak..



 peserta pertama...
budak baju biru tu bajet dia asisstant doktor..



 peserta in Q....
kita layan gosippp dulu...










teman sebagai pengiring pon termasuk jugak dalam list peserta yang terakhir....
and at last...
mata sape yang paling teruk.....
~ tak.koser.nak.bagitau~