Wednesday, December 28, 2011

Jarang-jarang kita lihat..



atok membantu opah..
teserlah kreadibiliti bekas seorang guru besar..


cucu-cucu opah & atok sekelian...
sape yang pernah nampak atok & opah mengundi macam nih sebelum nih?...


haaaa.....
teman tau dah jawapan mengkome sekelian...
tak pernah nampak kan....

Monday, December 26, 2011

9A's...

study hard & smart!


syukran.....
salah seorang ahli keluarga kita telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) yang baru diumumkan Khamis lepas....
bak kata Cik Mynn kita....pecah rekod!


Nur Syazana bt. Shahruzzaman atau lebih glamer dengan nama Nana yang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi,Gopeng telah mendapat 9A's.
tahniah buat Nana....


kita tunggu pulak sape lepas ni yang nak pecahkan rekod Nana nih...



nota.kecil : ~ dah rasa macam tulis warta berita~...


Sepupu-sepupu kita....

As-Salam semua.....
ada sikit bingkisan hati yang teman nak kongsi...












seronok kan tengok gambar masing2 dengan sepupu kita sendiri...


teman suka tengok sepupu-sepapat teman semua rapat antara satu sama lain....
saling tolong-menolong....
bekerjasama dalam menjayakan satu permainan....
namun..dalam bagus...
ada jugak yang tak berapa bagus,,,
walaupon serapat mana pun kita....
adab bercakap & sopan santun (terutamanya dalam fb) antara satu sama lain harus dijaga ye...
bergurau dalam "chatting fb" ada batasnya...
jangan hingga menjatuhkan air muka orang lain...
belajar dari kesilapan...
sebab takde seorang pun yang sempurna...


"tepuk dada...
tanya diri...."




Sunday, December 25, 2011

Bekerja keras!!

As- Salam semua..
mahapla buat adik-adik sepupu sekalian..
 yang menanti hupdate terkini dari teman mengenai family day aritu...
teman blom siap apa-apa entry lagik buat masa nih...
teman baru aje selamat tiba di Taiping petang semalam..
 setelah menempuh jem selama 7jam setengah!!!!


rasa cam nak tercabut kepala lutut teman & cik asbenn...
mana taknya..
bergilir bawak kereta....
letih dok tekan pedal brek & minyak ajer...
walaupon letih & banyak keroje kat rumah yang menanti untuk disettlekan....
namun....


teman tetap berusaha gigih transfer semua gambar dari laptop ke pc teman....
sambil berkejaran buat keje rumah yang lain...


oleh itu,...
sabar dulu ye semua....
kasik teman ruang bernafas dulu....
tarik napas....lepas...
hehehehe


sekian..
harap maklom!!


Friday, December 23, 2011

1st part dah upload....

wahai adik-adik sepupu sekelian....
1st part gambar family day udah teman upload dalam mukabuku...
silalah menjengah ke mukabuku teman...
sesapa yang blom "add" teman...
bolehle meng"add" ye....

album gambar family day udah teman klasifikasikan untuk tatapan umum.....
InsyaAllah semua boleh view dari pc masing-masing...

2nd part akan menyusul kemudian ye..
banyak gambar yang perlu dipilih.....
berpinau-pinau dah mata teman nengok gambar yang banyak sangat...




Thursday, December 22, 2011

53 tahun sudah!!!!




Happy birthday my beloved uncle...
I love & care you just like the sun..
May all your wish be blooming like a flower..
May your life be bright like a shining star..
May all your pace ahead with great bravery...
And all may many-many Happy Birthday...
May my beloved uncle possess a very long life...
And celebrate your birthday with our love all night...


Wednesday, December 21, 2011

The Greatest!!




dek kerana tuan punye blog masih dalam mood bercuti....
teman hupdate 2 keping dulu ye...
selebihnya tunggu teman balik Taiping....


family day kali nih....
sangat happening & enjoy!!!


Friday, December 16, 2011

List Name Update!

atas permintaan...
*ini kes nak siapkan assignment salasilah*


SENARAI NAMA YANG DI-UPDATED SEHINGGA DISEMBER 2011















sekian..
harap maklom!!


Family Day..

 surat rasmi dah keluar...


tentatif program pon dah ada...


kita jumpa Ahad nanti di Janda Baik ye....


Monday, December 5, 2011

MerekaCipta Salasilah ZulZan

As-Salam...
teman ada update terkini mengenai family day...
dengan ini diumumkan...





OBJEKTIF UTAMA  :





SYARAT PERTANDINGAN :
  • Pertandingan terbuka kepada semua ahli TAZZ
  • Setiap peserta hanya boleh menghantar satu rekabentuk salasilah sahaja
  • Penyertaan terbuka kepada 3 kategori : 


  • Hasil rekacipta para peserta haruslah ASLI
  • Permulaan salasilah HARUSLAH dimulakan dengan pasangan penaung kita, Haji Zul & Hajjah Zan (sila gunakan nama penuh ketika anda membuat rekacipta salasilah)
  • warna yang bakal para peserta gunakan haruslah tidak melebih 3 jenis warna ( selain daripada warna hitam & putih )
  •  Saiz penggunaan kertas yang dibenarkan adalah saiz A4, B5, A3 ataupun Drawing Block
  • Untuk hasil kerja penyertaan nampak seragam,jelas dan kemas peserta digalakkan untuk menggunakan kertas saiz A3 atau Drawing Block.
  • Rekabentuk salasilah juga boleh dihasilkan dengan menggunakan aplikasi komputer mahupon lukisan tangan (manual)

dan syarat yang paling penting sekali...





KRITERIA YANG DI NILAI :

  • Setiap hasil kerja akan dinilai oleh panel juri yang dilantik dari kalangan ahli TAzz
  • Rekacipta yang di hantar akan dinilai dari segi :






CARA PEMARKAHAN :

  • 80 % markah akan diberi oleh panel juri yang dilantik
  • 20 % markah pula dari undian keluarga TAZZ dimana setiap keluarga hanya boleh mengundi untuk satu rekacipta sahaja mengikut format pemarkahan yang diberikan
  • Hanya SATU PEMENANG sahaja bagi setiap kategori
  • Panel juri akan memilih SEORANG PEMENANG KESELURUHAN dimana rekabentuk tersebut akan digunakan sebagai rekabentuk asas TAZZ
  • keputusan pemilihan adalah MUKTAMAD



PANEL JURI :

Barisan juri yang di lantik adalah :











HADIAH : 

Hadiah yang disediakan sangat lumayan!!



manakala bagi pemenang keseluruhan,..
hadiah masih lagik DIRAHSIAKAN..



PAMERAN PENYERTAAN & UNDIAN :

  • Semua rekacipta peserta akan dipamerkan diruang yang bersesuaian untuk diundi oleh setiap keluarga TAZZ & para juri yang dilantik
  • Undian akan bermula seawal jam 3.00 petang, 18 Disember 2011 dan setiap undian akan dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan
  • Hasil kutipan undian akan diserahkan kepada penyelaras pertandingan selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang, 18 Disember 2011


TARIKH TUTUP PENYERTAAN :




sebarang pertanyaan lanjut, 
boleh dikemukakan pada En. Secretary ( Anjang ) atau Tuan Pengerusi ( Alang )



cerita tamat...
sekian dimaklumkan!!