Friday, April 5, 2013

Unwell



kisah semalam...
teman pulang ke kampung sekejap atas urusan pertukaran sementara sekolah CikMat...
seawal pukul 6.30pagi udah memulakan perjalanan pulang ke kampung...
dalam pukul 7.30pagi,..teman dapat panggilan telefon dari opah..
mengatakan atok batuk berdarah pada pagi Rabu...
tapi memandangkan mak & abah tiada di Teluk Intan ( ada urusan di KL )
dan atok tak larat untuk memandu sendiri...
semua urusan ke hospital di tunda ke pagi Khamis...
(mujur mak & abah sudah selamat tiba di Tlk Intan petang Rabu..
malah mereka bermalam di rumah atok risaukan kesihatan atuk bertambah buruk..)





seawal pagi Khamis,...
abah & mak membawa atok & opah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut...
chest x-ray juga dibuat...
alhamdulillah...keputusan x-ray tiada yang bermasalah....
teman sempat sama-sama menemani opah & atok di hospital..



orang yang menunggu giliran adalah sangat ramaiii!!!!




 atok yang tetap menten hensem...
cuma atok nampak kurus sikit....
dan op coslah teman yang nampak lagik tembam..




selesai urusan jumpa doktor......
ini "hadiah" yang doktor bagi pada atok...



bekas untuk contoh kahak...



alhamdulillah...atok tidak di tahan di wad..
pulang berehat di rumah sahaja...
dan petang semalam teman pulang semula ke Taiping..
insyaAllah...malam ni teman pulang semula ke Teluk Intan untuk sesi bertapa penuh...
sesi bertapa penuh = sesi berpantang





1 comment:

aizamia3 said...

part menunggu tu yang bosan.. jumpa doc sekejap je pun..